Tuesday, January 10, 2023

PDP DAN PENTAKSIRAN SECARA HYBRID

 

Disebabkan kebanyakkaan bangunan di PMS dalam proses baikpulih, pihak JPPKK memberi kebenaran untuk melaksanakan PdP serta pentaksiran secara hybrid iaitu kombinasi pembelajaran secara dalam talian dan bersemuka secara fizikal. Diharapkan proses ini dapat disiapkan mengikut jangkamasa yang ditetapkan agar pelajar dapat mengikuti pembelajaran secara bersemuka sepenuhnya seperti sediakala.

Tuesday, July 5, 2022

TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK KEMBALI KE RAHMATULLAH

 

Dukacita dimaklumkan bahawa Dr. Hj Zulkfli bin Md Yusoff telah pulang ke rahmatullah pada 3 hb Julai 2022. Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga. Semoga Allah sentiasa merahmati Allahyarham dan ditempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman. Seluruh warga PMS berduka atas kematian beliau. Al-Fatihah.

Wednesday, June 22, 2022

KEBENARAN PENGURANGAN MASA PDP

 

Unit yang terlibat adalah Unit CISEC, Unit Penyelidikan & Inovasi, Unit Alumni, Unit Keusahawanan dan Unit Kebudayaan. Unit ini mempunyai tugas yang besar di dalam menentukan halatuju Politeknik. Unit ini dipertanggungjawabkan untuk merancang aktiviti bagi mencapai KPI yang ditentukan bagi mencapai agenda memperkasakan politeknik.

https://drive.google.com/file/d/1XuA0F-hi0_Sip4eK91RF-OXMNbDcjvrw/view?usp=sharing

Monday, June 6, 2022

TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT

 





Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pensyarah yang telah berjaya dalam pemangkuan gred DH 48 dan DH 44. Diharapkan akan terus cemerlang pada masa akan datang.






Wednesday, January 5, 2022

PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

 

Kampus Politeknik Muadzam Shah dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur terkini dengan menawarkan persekitaran menarik, kondusif, selamat, bersih, ceria dan mesra alam kepada penuntut-penuntutnnya sesuai sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam. PMS juga memberi penekanan PdP melalui kepelbagaian pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel. Pembelajaran disini tidak tertumpu kepada di dalam bilik kuliah sahaja akan tetapi disekitar kampus dan di luar bilik kuliah juga boleh dijadikan sebagai tempat menimba ilmu.




PDP DAN PENTAKSIRAN SECARA HYBRID

  Disebabkan kebanyakkaan bangunan di PMS dalam proses baikpulih, pihak JPPKK memberi kebenaran untuk melaksanakan PdP serta pentaksiran sec...